Sunday, March 19, 2017

Cara mendapatkan decoder MYTV / DVB-T2 / DTT

Hi semua,

Akan datang Malaysia akan beralih siaran percuma format analog kepada digital. Kebaikan digital ialah gambarnya sama macam siaran Astro atau HyppTV, jelas tiada bintik-bintik dan semua siaran yang percuma dapat tune tanpa masalah. Untuk beralih kepada siaran digital ini, anda perlukan TV yang boleh tune DVB-T2 (iaitu teknologi penyiaran yang dikelolakan oleh MYTV) dan juga antenna UHF. Sekirnya anda tiada salah 1 keperluan itu, boleh dapatkan antenna di Hypermarket yang terdekat dan untuk sekiranya TV anda tiada DVB-T2 tuner boleh dapatkan decoder ataupun receiver di kedai online ataupun melalui saya. Pemasangannya sangat mudah dan siaran format DVB-T2 ini sangat bagus kerana ianya dipancarkan melalui menara TV seperti sediakala cuma dalam format digital dan tiada kesan sekiranya cuaca hujan ataupun mendung. Sepanjang menggunakan decoder ini saya berpuas hati dan juga decoder ini boleh rekod siaran kepada USB. Untuk maklumat lanjut boleh e-mail saya ke syukoabd@gmail.com bersertakan no. phone untuk hubungi. Bagi yang mendapat BR1M boleh dapatkan decoder MYTV secara percuma di http://mytvbroadcasting.my .

Kenapa DVB-T2 ini penting?
Ceritanya begini, saya berpindah kepada apartment baru, bila saya menggunakan antenna biasa untuk tune TV, hanya beberapa siaran yang dapat, kemudian bayang-bayang. Untuk tengok siaran TV lain pula, saya kene ubah hala antenna dan lokasi yang terang ialah diletakkan di dapur. Setelah hampa dengan usaha untuk mendapatkan siaran TV, saya fikir cara yang terbaik ialah Njoi, satu kali bayar sahaja dan siaran jelas kemudian masalah selesai. Kemudian, timbul masalah lokasi ataupun bahagian yang saya tinggal, terlindung sedikit dari pandangan satellite Astro di angkasa, masalah boleh selesai dengan meletakkan tiang pengunjuran kemudian baru setup piring Astro, sepertimana yang dilakukan oleh jiran-jiran saya. Tetapi bagi saya, ini masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah, kerana kaliti signal tidak begitu kuat dan pada waktu ini saya cuba Google mencari penyelesaian untuk mendapatkan siaran TV percuma. Akhir sekali saya layari website MYTV, bila tengok rasa teruja. Tapi decoder hanya untuk penerima BR1M, jadi saya order dari online, bila pasang dan cuba pada hari pertama, memang rasa sangat gembira. isu yang begini lama kini dah selesai tambah-tambah lagi dengan kos yang sangat jimat. Jadi saya sangat mengesyorkan kepada orang ramai yang masih tonton siaran analog menggukana antenna UHF (tulang ikan) beralih kepada siaran digital. Sekian Terima Kasih.

dvb-t2 ataupun DTT receiver boleh menerima siaran percuma yang disiarkan oleh MYTV