MYTV ialah nama syarikat yang mengendalikan siaran digital ini, manakala DTT (Digital Terestrial tV) merujuk kepada kaedah pemancar digital iaitu melalui menara pemancar, dan DVB-T2 adalah teknologi penyiaran digital yang digunakan untuk memancar siaran digital tersebut.
Apa bezanya siaran MYTV dengan siaran yang sedia ada ?, kerana masih menggunakan antenna biasa tulang ikan.
Siaran MYTV dalam format digital sama seperti kualiti Astro atau HyppTV ataupun yang anda saksikan melalui internet. Kerana ianya digital maka tiada lagi gambar bayang-bayang ataupun bintik-bintik. Tambahan pula ada EPG (Electronic Program Guide) boleh lihat intisari rancangan dan jadual mingguan. Lagi boleh rekod siaran melalui USB!.
Siaran apa yang boleh didapati dengan MYTV ?
- RTM TV1
- RTM TV2
- RTM TVi
- Mediaprima TV3
- Mediaprima NTV7
- Mediaprima 8TV
- Mediaprima TV9
- Al-Hijrah
- Bernama News Channel
Apa yang diperlukan untuk "tune" MYTV ?
- UHF antenna (antenna tulang ikan)
- Decoder MYTV atau DVB-T2
- TV
Lokasi atau area mana yang boleh dapat siaran MYTV ?
Liputan MYTV kini hampir 98% Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
- Kelantan
Machang, Tanah Merah, Pasir Putih, Melor, Kuala Krai, Ketereh, Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat
- Terengganu
Besut, Kuala Terengganu, Gong Badak, Batu Rakit, Chalok, Marang, Bukit Payong, Kedai Buluh, Marang, Kelulut, Ajil, Kuala Berang, Dungun, Setiu
- Pahang
Kuantan, Balok, Gebeng, Cherating, Geliga (Cukai), Bukit Goh, Sungai Pancing, Gambang, Pekan, Bentong, Karak, Mentakab, Temerloh, Triang, Chenor, Kuala Krau, Jengka, Maran, Sri Jaya, Chenor, Chini,Bt. Ibam, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak, Nenasi, Rompin
- Sabah
Kuala Penyu, Membakut, Papar, Kinarut, Penampang, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Likas, Inanam, Sepangar, Karambunai, Tamparuli, Tuaran, Sulaman, Kota Belud (sebahagian), Tawau, Tanjung Batu Laut, Pulau Sebatik, Andrassy, Pulau Kaniogan, Sepilok, Kota Kinabatangan, Sentosa, Batu Putih
- Kedah
Gurun, Kota Sarang Semut, Pendang, Kuala Kedah, Alor Setar, Kepala Batas, Jitra, Jeniang, Sik, Bedong, Yan, Merbok, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kota Kuala Muda, Kuala Ketil, Padang Serai, Kulim
- Perlis
Sebahagian Negeri Perlis
- Pulau Pinang
Penaga, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Butterworth, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Prai, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Pulau Tikus, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah ,Georgetown, Pulau Pinang Timur, Seberang Perai
- Perak
Manjung, Lekir, Teluk Intan, Bagan Datoh, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Langkap, Kampong Gajah, Bidor, Tapah, Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Tanjung Tualang, Parit, Lambor, Tronoh, Seri Iskandar, Bota, Tanjung Malim, Slim River, Sungkai, Bidor, Hutan Melintang
- Johor
Benut, Layang-layang, Bandar Tenggara, Gugusan Taib Andak, Kota Tinggi, Ulu Tiram, Kulai, Senai, Pekan Nanas, Pontian, Kukup, Skudai, Gelang Patah Nusajaya, Tanjung Kupang, Johor Bahru, Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Batu Pahat, Muar, Segamat
- Negeri Sembilan
Nilai, Labu, Mantin, Lenggeng, Seremban, Senawang, Tampin, Port Dickson , Rembau
- Melaka
Seluruh Melaka, Jasin, Tampin
- Sarawak
Sematan, Lundu, Bau, Siburan, Kota Sentosa, Kota Samarahan, Kuching, Santubong, Rampangi, Petra Jaya, Asajaya, Sebangan
- Selangor
Gombak, Rawang, Batu Arang, Bestari Jaya, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Jeram, Puncak Alam, Kelang, Sungai Buloh, Subang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Beranang, Serdang, Bangi, Puchong, Cyberjaya, Dengkil, Sepang, Sungai Pelek, Banting, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Kuala Kubu Baru
- Kuala Lumpur & Putrajaya
Seluruh Wilayah Kuala Lumpur & Putrajaya
Saya telah cuba "tune" MYTV tetapi tidak berjaya. Apakah yang patut saya lakukan ?
Sekiranya anda telah mempunyai kelengkapan lengkap tetapi tidak berjaya.
- masalah pada antenna
- pastikan antenna UHF
- sila adjust orientasi antenna
- pendawaian antenna atau wayar yang lama
- masalah tiada paparan di TV
- pastikan anda set input "source" mengikut jenis input yang disambungkan AV atau HDMI
- pastikan decoder ON "----"
- periksa wayar HDMI atau AV tidak rosak
Saya sudah periksa semuanya, tetapi signal masih tiada, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini ?
Anda boleh cuba "manual search" untuk frequency channel sila rujuk